Monday, August 6, 2012

Random: Kuih raya dan Kek raya

Sekarang saya sedang merenung skrin laptop.
Mungkin sedang berharap akan ada raksasa ajaib yang hulur kuih raya dan sekaligus tak payahlah saya nak menyibukkan diri untuk buat kuih raya. ahh.. dasar pemalas anak dara seorang ni. Harap je ambil kos foodservice, nak buat biskut raya dua tiga keping pun malas. Haish.

Serius. Saya tak suka buat biskut raya. Penat kot. Dah la pakai oven.. Huhu.. Panas.. Panas. But then, kalau saya tak buat biskut raya, siapakah yang akan buat biskut raya tahun ni? Dah lah adik saya yang rajin buat biskut raya tu, tercampak jauh di Sabah. HUHU  Dear sis, please come back home.. I miss ur cookies.. huhu

So, saya telah menjalankan beberapa plan terhebat iaitu.. taraaaa.... dengan menempah biskut raya from KL. Haha.. So, tart gulung dan Almond London is on the way turun Kuantan. So, biskut raya punya hal dah setel.  Dan tiba-tiba mama cakap, tahun ni nak buat kek raya. What? kek raya?

Sebab mama cakap tak cukup dengan dua tiga jenis biskut je. Jadi mama dengan senang hati nak suruh buat kek. Jadi bila budak-budak datang rumah, bolehlah diorang makan kek. Dan tak payahlah diorang asyik fikir pasal duit raya. Erk? Duit raya? Haha..

Entahlah.. Kalau kek.. ehem.. biasanya kek coklat la kan. Atau nak buat kelainan dengan Red velvet? Pavlova pun nampak macam best. Tapi..... saya malas nak buat. Hehe... Lagipun tahun ni beraya di Kelantan. So, takpayah nak sibuk-sibuk sangat kat sana. Just prepare baju raya dan ngap juadah di pagi raya. Haha.. Well balik kampung bagus jugak. haha.. Again.. malasnye anak dara sorang ni.

Tah, la... sekarang ni saya tengah membelek recipe coklat moist cake tu.. ala yang selalu jual kat by'u restaurant. Haha.. Hurm.. malasnye.. boleh tak kalau just beli kek pisang dan hidangkan time raya.. Tak payahlah nak beli coklat van houtten sangat la.. haha..

P/s: Kemalasan melanda diri. Hurm.. apa nak jadi dengan saya ni. xoxo...

4 comments:

  1. haha..akak pun x suke wat biskut raya..leceh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea!! ade geng.. ade geng.. haha.. memang leceh tambahan plak kalau ade jenis biskut yang kene hias-hias coklat urai la.. atas tu.. hehe

      Delete
  2. adik aku pulak lain ceritanya..bersemangat benar wat kuih raya..aku tolong di peringkat akhir je..peringkat awal tu mcm susah sikit je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko memang dayah.. hehe.. Ingatkan ko nak menguli tepung dengan adik ko.. haha

      Delete