Tuesday, October 9, 2012

Random Talk: Ujian :)

"Setiap dari kita diuji dengan pelbagai jenis ujian yang kita mampu tangani."
Hai. Dah lama jari-jemari saya tak menari atas keyboard laptop ni. Entahlah kenapa. Mungkin kesibukkan kerja kot. Alahai, macamlah kerja executive kan.. hehe

Ya. Saya dah melangkah masuk ke alam pekerjaan. Walaupun tak kerja dalam bahagian yang saya ambil kat universiti. Kerja di sebuah resort tepi laut di suatu daerah dalam negeri yang dipanggil Pahang darul Makmur. Tapi, saya suka kerja di sini. Tenang dan damai. Walaupun gaji tak semahal mana. Dah nama tempat percutian. Mood kerja pun masih lagi mood cuti.. eh?

Ya, saya kerja part time sebagai Front Desk Officer. Okay.. jangan gelak. Saya tahu memang lari bidang kan. Haha.. Okay jom gelak ramai-ramai. Entah macam mana boleh dapat position tu, sebetulnya nak masuk bahagian F & B atau kitchen, tapi disebabkan pengalaman kerja lepas saya dah pernah bekerja sebagai front desk officer, jadinya.. hurm.. dapat la position itu.

Skop kerja? Ya... selain senyum dengan muka yang tak pernah lekang dengan mekap setebal yang mungkin, saya juga perlu menangani masalah-masalah yang diadukan oleh guest dan juga meng'check in' dan meng'check out' kan guest dari resort. Okay, ini lebih kepada bidang customer service. Buat masa ini, saya suka dengan kerja ni. Memang menguji tahap kesabaran dan kemampuan berkomunikasi saya. Hurm... cuma part yang mekap tebal tu saya tak berapa nak suka sangat. Haha

Dan di sini jugak saya belajar mengenai kehidupan. Betul kata orang, jangan menilai seseorang dari luaran sahaja. Siapa sangka pekerja housekeeping yang selalu bersihkan bilik itu, ada bachelor in civil enginneering tau. Kelas kau jah!! Mungkin rezeki dia di bidang housekeeping. Ya, rezeki masing-masing kan. Dipandang rendah oleh guest tu adalah perkara biasa bagi saya. Siapalah saya berbanding mereka kan. Mungkin saya dipandang sebagai budak baru lepas SPM yang tak lepas nak pergi mana-mana. Hikhikhik. alah... Biarkan saja pandangan orang. Hanya HR department sahaja yang tahu saya ni qualification ape.. yang lain.. sume ingat saya ni budak lepas SPM je.. HEHE

P/S: Jangan rasa sedih kalau kerja tak sepadan dengan qualification yang kita ada. Sebab setiap kerja yang kita lakukan itu, membantu kita mengenali kehidupan. Pengalaman tu takkan dicetak dalam transkrip peperiksaan tau. Okay.. :)


2 comments:

  1. sangat setuju..akak pernah rasa pengalaman macam tu..sabar..rezeki ada di mana-mana..y penting cr pengalaman..x kisahlah kalau dipandang rendah oleh manusia..entah2 dieorang pun spm x lepas..hehe.. y penting hati baik & jgn pentingkan pandangan manusia, pentingkan pandangan Allah jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. ramai yang pandang rendah dengan org kerja kecil2 ni.. hurm..

      Delete