Sunday, January 29, 2012

Random Talk: Momen- momen terindah

Assalamualaikum,

Malam ini AJL 26 sedang berlangsung. Ya, dan saya bersama cik Dayah sedang menyibukkan diri di kafe baru. Tujuan utama ialah online dan meramaikan majlis menonton AJL 26 yang sedang hangat berlangsung di kafe baru. Haha...

Okaylah.. kalau nak ikutkan tajuk entri kali ini ialah momen-momen terindah. Tiba-tiba je kan nak buat tajuk entri macam ni. Entahlah, kalau dalam entri sebelum ini, saya asyik cerita pasal thesis dan nak cepat grad dan meninggalkan kampus..Sekarang ni terasa lain macam pula. Mungkin sebab sesi fotografi tadi. Yalah.. bila seorang demi seorang meninggalkan kampus dan pergi berpraktikal, tiba-tiba rasa sedih.

Saya tujukan entri ini buat kawan-kawan yang pernah saya kenal di kampus. Tak kisahlah yang satu kos atau yang satu fakulti atau yang satu badan beruniform.. Walaupun saya tahu, tak semua baca blog saya (walhal saya tak promote sangat pun blog ni.. )

Erm.. tak cukup korum la pulak.. hehe
Untuk Kamu semua (kosmate)
Korang ingat lagi tak?
Masa tahun satu dulu?
Alah, buat-buat lupa pula.
Waktu minggu orientasi...semua malu-malu. Nak tegur pun segan-segan.
Haa.. baru ingat...

Tapi kita semua masih lagi tak kenal nama semua kosmate kan...
Maklumlah masa tu kan kita semua ni masih kuliah bercampur dengan kos lain
Jadi kita pun tak kenal antara satu sama lain kan...
Entah-entah nama saya pun korang ingat-ingat lupa.

Lepas tu kita semua masuk tahun dua
Tahun yang mencabarkan..
Ingat lagi tak waktu kita semester 3
Kita ambil basic prep?
Kita buat recipe testing berkali-kali sampai balik pukul 2 pagi...
Lepas tu pagi esok kelas pukul 8pagi..

Ingat lagi tak waktu kita sem 4?
Blackbox exam tu?
Dan menu planning yang mencabar.
Ingat lagi tak kelas komersil?
Saya rasa kelas-kelas nilah yang merapatkan kita semua.
Ya, kita belajar teamwork.
Dari tak kenal.. kita jadi kenal dan rapat antara satu sama lain.

Masuk tahun 3, kita semua lega.
Sebab tahun 'hell kitchen' telah tamat.
Tapi tahun tu kita semua ambil alih kelab.
Semua program kita handle bersama-sama...
Jadi kitchen tu masih menjadi penempatan kedua kita...
Cuma suasananya sudah berbeza...
Dah tak 'panas' sangat..
Rasa seronok.. atau mungkinkah sebab dah biasa dengan kitchen?
Hehe

Masuk tahun 4... Semua sibuk dengan final year project
Separuh sibuk buat survey.. Separuh lagi sibuk buat lab
Satu kelas saje kita berjumpa..
Dan saat itu saya rasa kita semua dah mula ada kehidupan masing-masing
Tapi kita masih lepak sama-sama ..
Mungkin ni semua persediaan untuk praktikal..

Dan kini..
Lepas habis kursus..saya rasa memang kita akan berpisah selama 4 bulan..
Dan berjumpa lagi untuk presentation LI...
Ada baiknya macam tu..
Sebab saya rasa.. mungkin kita boleh saling melepas rindu
Dan bergambar seadanya...selagi termampu. hehe

Sepanjang perkenalan ini, mungkin ada yang saya tersalah kata, tersilap bicara... Jadi saya minta maaf  (Sambil peluk dan laga-laga pipi.. hehe)

Untuk kamu semua yang mengenali saya....
Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya...
Terima kasih kerana melengkapkan kehidupan saya di kampus ini selama hampir empat tahun ini...
Terima kasih kerana mengajar saya mengenali kehidupan kampus...

Dan terima kasih untuk segalanya.

Walaupun tak berapa nak cukup.. tapi lebih baik ada dari takde kan? hehe
Jumpa lagi waktu presentation LI. Saya akan rindukan kamu semua dan setiap momen pahit manis kita di sini.

P/S: entri buat kosmate dan teman-teman sekampus.

Thursday, January 26, 2012

Random Talk:

Tak tahu nak mulakan macam mana. Rasanya macam dah kering idea nak menulis. Tapi disebabkan perasaan malas nak mengadap buku dan membaca modul keselamatan makanan, saya gagahkan diri juga menulis satu entri yang hurm... bolehlah dikatakan mengarut.

Serius, sekarang susah dah nak bergelak ketawa bagai orang gila. Tak macam zaman sekolah dulu. Kalau gelak mesti sampai terduduk-duduk. Sekarang nak gelak pun macam terpaksa. Hurm.. saya rasa ini adalah salah satu simptom penuaan kot.  Mungkin disebabkan usia makin menginjak ke umur ehem.. matang. Haha Ok... sila abaikan...

Sekali lagi saya ingatkan ya, entri ini ditulis dalam keadaan separa sedar. Sekarang ini saya sedang berfikir bagaimana hendak menggunakan baucer buku satu malaysia tu. Semester terakhir.... dan memanglah tak pakai buku. Jadi baucer buku yang bernilai RM 200 tu saya cuma nak gunakan untuk membeli A4 paper double A untuk print thesis. Terfikir jugak nak jilid thesis guna baucer tu. Tapi persoalannya... adakah baucer buku diterima? Hehe...

Antara novel yang sedang disurvey. Hehe
Niat di hati nak sahaja habiskan RM 200 untuk beli 10 biji novel. Baru masyuk. Penuh satu rak buku dengan novel. Tapi rasa macam tak best la pulak bila guna buat beli novel. Maybe nak cari buku motivasi kot. Hehe.. Tahlah tengoklah apa yang berlaku nanti. Mungkin akan menghabiskan baucer buku dalam masa yang terdekat ni... Yang pastinya, nak beli kertas A4. 

Gunakan kertas berkualiti untuk jilid thesis. Baru puas hati.




Tuesday, January 24, 2012

Random Talk: Homesick

Saya tengah bermalas-malasan di rumah. Memang rasa malas nak buat kerja lain. Entah, esok dah nak balik kampus. Kalau ikutkan hati, malas nak balik.  Tapi sebab dah tinggal sikit lagi, jadi tahanlah. Lagipun hujung minggu depan balik semula ke rumah dan duduk beberapa hari dan pergi ke Johor untuk praktikal. Ok done...


Tak sabar nak menamatkan pengajian.. Hope takde ape2 yang sangkut. Risau juga sebenarnya. Lusa kena pergi kursus selama empat hari. Ok... lepas tu nak siapkan final touch untuk thesis dan cepat-cepat pergi meninggalkan kampus. Mujurlah perbentangan praktikal tak dibuat di kampus... tapi bila fikir-fikir balik, result exam dan thesis still kena ambil kan? So, student kena juga balik kampus dan merempat di mana-mana tempat yang diorang boleh tinggal. 


Ini tengah fikirkan cara nak cari tempat tinggal di Johor. Rasa menyesal pun ade sebab minta di Johor. Kan bagus kalau duduk kat Kuantan je... Senang. Tak payah fikir banyak-banyak.. Empat bulan nak duduk sana tu. Hurm.. 


Harap-harap thesis sudah siap disemak. Boleh terus betulkan thesis dan boleh pulang ke rumah dengan cepat. I miss my home...


P/S; sedang cuba bertahan untuk sedikit masa lagi. 

Tuesday, January 3, 2012

Saya suka software ni...

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya rasa gembira sebab telah berjaya mendownload software painTool SAI yang best ni. Okay, sebab kesibukkan menaip thesis dan final exam, sudah lama saya tak mengetengahkan bakat melukis yang terpendam ni. So, selepas mendownload software paint ni, terasa bersemangat pula nak melukis. Haha...

So, saya pun explore software ni... Best sebab dia ada crayon tools, yang boleh buat lukisan kita nampak macam crayon... Macam kat bawah ni..


Karya tak seberapa. ^^v

Banyak lagi application yang best dalam ni, cuma yang tak bestnya, software ni takde text.. which means tak boleh nak insert text dalam ni. Hurm. tapi buat yang suka doodle-doodle tu, boleh la guna software ni. Colour dia cantik. Hehe...

Okaylah nak sambung.. buat benda-benda lain. 
Tata..