Wednesday, February 22, 2012

LI story: Hari pertama dan kedua di UTM, skudai

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak update blog. Kali terakhir rasanya sibuk bercerita mengenai FYp.. sekarang ni saya dah melangkah ke semester akhir pengajian iaitu semester 8. Dulu, ingat tak saya kecoh-kecoh nak buat praktikal kat Thailand tapi tak boleh? Okaylah... lepas banyak halangan, saya akhirnya berjaya mendapat tempat LI di Institute bioproduct development, di Chemical engineering pilot plant, UTM skudai.

Oleh kerana saya tak pernah ke Skudai, saya agak tak biasa dengan jalan-jalan di sini. Mujurlah ada kawan yang belajar di sini, jadi ada yang sudi menjadi tourist guide kat sini.

Dan of course, UTM ni besar dan saya agak bernasib baik sebab dapat kolej kediaman yang agak dekat dengan tempat praktikal. Jadi, untuk ke tempat praktikal, hanya perlu berjalan kaki sahaja. Boleh jugak nak naik bas.. tapi.. jalan kaki lebih cepat sebab bas akan selalu berhenti.. jadi akan sampai agak lambat di IBD.

Hostel? ok.. Bilik berdua dan sangat besar.. Okaylah.. kan.. yang penting bersyukur.. huhu..  Dan mujurlah saya tak keseorangan.. Kalau tak.. boleh homesick kat sini kot.. Yela.. tempat besar.. dah la tak kenal semua orang... rasa macam lost pun ade.. maybe sebab baru hari first kan.. Masuk hari kedua.. dah okay sikit.. Tambah pulak dah jumpa senior yang study buat master kat sini.. So, okay la... Rasa lega...

Hari ni dah start untuk melakukan kerja-kerja... Dan esok pagi-pagi lagi dah kena turun ke kebun jagung... Jadi esok kena pakai tracksuit dan t-shirt dan salin baju formal pulak lepas tu.. haha


Okaylah.. nak gosok baju.. Lepas ni dah nak tido.. Kena save banyak tenaga.. Maklumlah.. esok nak kena kerah tenaga. hhee

tata

Tuesday, February 14, 2012

Review novel: aA +bB

Salam semua.

14 Februari 2012.

Tiba-tiba hari ni macam rajin je nak buat review novel. So, sebab saya baru menghabiskan novel karya Hlovate yang berjudul aA+bB, jadi biarlah saya buat review sikit. Saya mulakan review dengan sedikit ringkasan novel ini.


aA+bB merupakan kisah cinta antara Addin Shah dan Benz Alif yang memang tak ngam sejak dari sekolah lagi. Addin merupakan seorang doktor dan Benz merupakan seorang jurutera. Atas sebab-sebab tertentu, Addin terpaksa berkahwin dengan Benz. Jadi bermulalah kehidupan mereka yang macam anjing dan kucing di dalam rumah. 

Nak tahu kesudahannya? Sila baca sendiri okay...

Keseluruhan novel ini santai. Kalau dikira gaya bahasa yang digunakan, memang santai dan tak berbunga-bunga. Cuma ada sesetengah part dalam cerita ini yang amat teknikal. Mungkin sebab dunia Hlovate. Contohnya, ada part dalam novel ini yang bercerita mengenai zaman remaja Benz dan Addin. Dan bahasa remaja yang digunakannya... hurm.. agak kurang difahami oleh golongan berusia seperti saya. Hehe...

Malah ada sesetengah lagu yang dipetik di dalam novel ini, tak pernah saya tahu.. Contohnya... lagu Schubert's Serenade... Okay itu muzik klasik yang digubah oleh Franz Schubert. Ada banyak lagi terms yang saya tak faham dalam novel Hlovate, tapi still saya baca sampai ke muka surat yang terakhir.

Novel aA+bB ini banyak menggunakan istilah sains. Macam keras kepala...diumpamakan sebagai kepala diamond... dan beberapa lagi istilah sains yang saya rasa kalau budak sastera baca, takkan faham. Kadang kala saya rasa laras bahasa yang digunakan dalam novel ini lebih kepada laras bahasa sains. haha..

Dan untuk perhatian semua, ini adalah novel islamik versi moden ok. Dan kalau sesiapa yang berminat novel stail islamik, bolehlah beli novel aA+bB ni. Sebab... bagi saya novel ni santai dan penuh mesej. Mungkin ada yang bertanya, kenapa nak beli novel yang stail kahwin paksa macam ni.. Dah klise sangat. Haha

Saya suka cara Hlovate menyampaikan dakwah. Sebab latar belakang cerita adalah Malaysia dan hero dan heroinnya bukanlah sempurna sangat. Maksud saya, hero dan heroin dalam novel ini tidak digambarkan begitu sempurna. Mereka hanya manusia biasa yang mencari jalan untuk berubah ke arah lebih baik. Dan dalam novel ini juga diselitkan hadis-hadis yang bersesuaian dengan situasi dan babak dalam novel.

Novel ini diterbitkan oleh Jemari Seni publication, dan berharga RM 20.00 (semenanjung Malaysia) dan RM 23.00 ( sabah dan sarawak).

Okaylah... Selamat membaca semua dan semoga kita semua mendapat manfaat dari novel ini.



Thursday, February 9, 2012

FYp cases : Final touch up..

Salam mi amor,

Entri kali ini saya selitkan dengan kisah FYp yang memang sudah sampai ke penghujungnya. Yelah, setelah setahun saya melalak-lalak kat blog ni mencurahkan susah senang menjalani FYp ni. Dan hari ni, saya dengan bangganya telah menyerahkan thesis berserta CD kepada penyelaras untuk penjilidan thesis. 

Perasaan?
Lega sangat-sangat. Rasa nak menangis macam dalam drama pun ada. Bila terserempak dengan lecturer dekat fakulti mesti nak tersengih-sengih menandakan sudah siap dan hantar thesis untuk dijilid. hehe....
Walaupun semalam saya tidak tidur untuk memprint thesis, tapi puas hati bila siap dan diberi kepada penyelaras.

Niat dalam hati nak menunjuk-nunjuk thesis yang sudah siap diprint, tapi mungkin sebab terlalu letih, kamera entah ke mana, thesis pun entah ke mana. So, memang tak snap pictures pun. Maybe lepas jilid la nanti, baru pergi bergambar sambil buat fotoshoot.

Okaylah, nak kemas-kemas barang ni. Malam ni nak bertolak balik ke Kuantan. Next week dah bertolak ke Skudai, Johor. Ade masa, saya update pasal praktikal pulak. Okay.. tata


Thursday, February 2, 2012

Random : Hasil Seni yang Tak Berapa Nak Seni

Olla Mi Amor,

Malas nak tulis panjang-panjang. Lagipun tengah save tenaga nak buat thesis ni. Thesis masih lagi tak dapat nak dibetulkan. Hurm...Okay lupakan pasal kisah tragis itu...jom tengok karya seni yang tidak seberapa ni...

Macam biasa guna SAI paint dan photoscape. ^^v

Gambar pertama...

Gambar kedua.
Okay.. malas nak mengulas.. hehe.. Tetiba rasa nak tukar profession la pulak.. hehe. Erk boleh ke?



Wednesday, February 1, 2012

FYP cases: A memoir

Buenas noches mi amor,


Ceh, hari ni nak cakap bahasa spain la pulak. Sebabkan FYP dah hampir ke penghujungnya..Saya telahpun menyiapkan hasil karya yang tak seberapa menggunakan software SAI paint dan Photoscape.


So...Inilah hasilnya.. Taraaaaaa....


Karya ini dilakukan ketika sedang menunggu thesis untuk dikembalikan...
Jangan ditanya kenapa ada bunga, rama-rama dan skor muzik dalam tu. Entah.. Saya cuma mengekspresikan apa yang saya rasa. Rama-rama itu mungkin simbol kebebasan sementara kerana jangka hayat rama-rama tak lama.. haha.. Okay joke..hehe


Dahlah.. saya nak online facebook pulak
hehe