Saturday, April 28, 2012

Random: Trip cancel.. bye-bye PBAKL

28 April 2012

Saya duduk di depan tingkap pagi tadi. Sedang menikmati pemandangan alam yang indah dengan fikiran dan hati yang bercelaru. Macam manalah boleh terlepas pandang pasal tu? Kenapa? Kenapa?
Tangan pantas menekan butang on di notebook usang yang terlalu banyak berjasa. Berita-berita mengenai BERSIH 3.0 menjamah mata saat skrin notebook terpampang di mata.

Ya, memang seperti yang dijangkakan. Kebanyakkan jalan utama masuk ke Kuala Lumpur ditutup. Kalau ada yang dibuka pun mesti ada pemeriksaan polis. Nasib baik naluri saya mengatakan tak payah meneruskan niat untuk ke KL minggu ni. Kalau saya pergi jugak, tak tahulah apa yang terjadi.

Plan asal nak pergi meronggeng dengan cik Dayah sambil tengok wayang cerita baru di Times Square dan lepas tu berjalan-jalan di jalan TAR ke atau masjid jamek ke.... Huhu.. Dan rancangan itu hanya tinggal rancangan apabila perhimpunan tu diadakan. Okay, saya stress.

Melawat Zoo mungkin boleh menenangkan jiwa. Huhu

Dan kini, saya duduk di depan notebook usang sambil menaip entri yang penuh kesyahduan ini. Plan nak pergi berjalan juga, tapi entahlah. Hati tak berasa ke arah itu. Tapi tangan sudah mula menaip di carian google. Mahu menaip 'tempat-tempat menarik di Johor'... Mungkin saya perlu duduk diam-diam di Johor sehingga semuanya reda. Tapi bila semua dah reda.. maknanya.. Pesta buku dah habis.. huhu..
Okay.. saya memang sedih ni (sambil mengunyah kerepek pisang dan meneguk segelas nescafe panas.)

Sudahlah, dah malas nak pikir pasal semua ni.. Mungkin saya patut siapkan report latihan industri. Haha.. Hurm mungkin itu yang patut saya lakukan.
Okay..
Nak taip report...
Tata..

Sunday, April 22, 2012

Random Talk : Pre-trip to PBAKL 2012

Hai.

22 April 2012
Saya baru sahaja beli tiket ke KL hujung minggu depan. Terlanjur berjanji dengan Miss dayah yang beria-ia mahu saya ke sana.. * ehem... sebenarnya saya pun nak ke sana jugak..* Okay set, 28 April 2012, pukul 8 pagi, saya akan ke KL. 

Owh, lupa pula nak beritahu. Tujuan utama saya ke sana adalah untuk berpoya-poya di pesta buku antarabangsa di PWTC. Sebagai peminat novel dan pembaca novel tegar, semestinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke pesta buku tahun ini. Tambahan pula, ada geng yang sekepala yang sudi nak pergi meronggeng bersama-sama. Lagipun, dah lama saya nak ke pesta buku ni, cuma bila duduk belajar dekat terengganu, harapan nak ke KL tu hancur sikit sebab jauh dan... banyak kelas nak kena hadir. 

Saya dah start ambil mood novel. Dan sekarang ni, saya masih berusaha menghabiskan novel terbitan Karya Seni, Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar.

(sumber gambar)
So, nantilah saya update aktiviti dekat KL. * Macamlah orang nak baca sangat* Ha-Ha.. Cuma sedih sikit bila tengok jadual penulis dekat booth syarikat penerbitan, penulis yang saya nak jumpa tu, tiada pada hari yang saya nak pergi tu. Jadi tak bolehlah nak bergambar ke, atau ambil autograf.. Ehem.. Dan.. rasa macam nak borong novel banyak-banyak pulak. Ha-ha...

Ok.. ok semua selamat hari ahad dan selamat berkerja dan ke kuliah esok. 

Tata

Saturday, April 21, 2012

LI story: Jalan-jalan malam sabtu

Hai,

Semalam saya dan teman-teman ke Bazaar karat yang berhampiran dengan City Square. Entah apa yang merasuk kiteorang pun tak tahu. Idea asal adalah untuk ke pasar malam yang berhampiran dengan masjid jamek dan pulang ke bilik dan meneruskan aktiviti biasa iaitu melayari internet dan juga menonton kartun. Ha-ha

Tapi disebabkan sesuatu telah berlaku, kami semua telah membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti melayari internet dan menonton kartun. Bila-bila masa pun boleh buat kan? haha
Jadi, perancangan awal lepas ke pasar malam, nak ke balai cerap yang berlokasi di dalam UTM ni. Kawan saya  cakap balai cerap dalam UTM ni cantik, nanti boleh tengok satu UTM dari atas bukit. Dan kereta pun dipandu ke menghala ke balai cerap yang berada di atas bukit. Sepanjang perjalanan ke balai cerap dalam pukul 10 malam dah waktu tu, tiba-tiba rasa seram. Sudahlah lampu jalan sudah tiada sepanjang perjalanan ke balai cerap dan ketiga-tiga kami adalah perempuan. Jadi, kami membuat keputusan untuk patah balik ke bilik sahaja. 
Pemandangan UTM dari balai cerap. (sumber gambar)

Tiba-tiba, kawan saya yang merupakan pelajar UTM ni mencadangkan untuk ke Bazaar karat yang dibuka setiap malam. Oleh kerana, saya pun memang kaki jalan. Oklah, plan untuk ke balai cerap ditukar kepada bazaar karat.

Perjalanan pun bermula... seronok juga berjalan malam di johor ni. Banyak lampu dan pemandangannya sangat cantik. Kami lalu di Danga Bay, dan bolehlah juga mengerling ke arah Singapore yang cantik waktu malam. Sejujurnya, nak juga menangkap gambar, tapi.... setakat kamera telepon yang 3.2 megapixel tu, apalah gambar yang boleh ditangkap. Hurm.. so cancel.

Jadi rakamkan memori guna mata dan minda sendiri je la di samping air cond kereta yang agaknya mencecah suhu takat beku. Sejuk gila sudahlah jam waktu itu dah menghampiri pukul 11 malam. HA-ha..
Berpusing-pusing jugak la di bazaar karat tu sebab nak cari parking. Adalah dekat 3 kali pusing sebelum jumpa tempat parking. Kaki dan tangan saya pun dah beku dalam kereta tu. Haha
Bazaar karat ataupun bazar JB (sumber gambar

Okay macam biasa, pusing satu bazaar karat tu, sampai lenguh kaki. Mujurlah saya pakai selipar jepun je. Takdelah rasa macam nak tercabut kaki ni. Dan di bazaar karat ni ramai orang singapore dan mereka agak stylist la. Haha.. So, saya pun jalan-jalan di kawasan bazaar. 

Basically, bazaar karat ni menjual, kasut, baju, aksesori, dan barang-barang perhiasan. Bazaar karat tu agak besar tau. Dan pilihan barangan pun pelbagai. Ada juga yang menjual barangan bundle yang berjenama macam Dr Martin, Gucci, Prada...

Selepas berlegar-legar di bazaar dan melihat jam pun sudah mencecah pukul 1 pagi, kami pun beredar pulang ke UTM. Dan macam biasa pak guard UTM sedang menanti di pondok guard.. Ha.ha.. nasib baik saya bukan budak UTM.. hehehe selamat..

Dan .. dalam banyak-banyak berjalan dekat bazaar tu, saya hanya beli kerepek pisang, kerongsang.. dan 2 biji getah rambut kaler pink.. hehe.. Ok

Next time ingat nak singgah danga bay time malam dan ambil gambar banyak-banyak. Nanti kena spare kamera at least 12 megapixel dalam poket seluar. Ha-ha...

Okay, salam sayang...
bye

Friday, April 13, 2012

Review novel; Kuseru Rindu itu by Hanni Ramsul

Assalamualaikum. 


Malam ni tiba-tiba terasa nak review novel pulak. Entahlah.. bersemangat sedikit hendak menaip.Adakah mungkin disebabkan terlalu banyak baca pasal soil dan fertilizer untuk mini project tadi. Ha-ha...Sebenarnya dah lama saya habiskan baca novel tu. Tapi.. mungkin kesibukan yang melanda .. ehem...menyebabkan saya tidak aktif mengupdate blog. Ehem...

Kita mulakan dengan sinopsis ok..

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?(www.kakinovel.com)
Lebih kurang macam tulah sinopsisnya. Saya tak boleh nak cerita 100% sebab nanti mesti korang tak beli novel tu. Tapi, untuk novel yang sudah dicetak sebanyak tujuh kali ini (saya baca cetakan ke -7 Mac 2012), novel ini mampu membuatkan saya rasa sebak sebab ayat-ayat dia tacing gitu.
Bagi peminat novel genre cinta dan sedih, novel ini adalah salah satu novel yang boleh dijadikan sebagai salah satu koleksi. Tak rugi pun nak beli sebab jalan cerita pun best dan ada nilai-nilai moral. Ini bukan kisah cinta semata-mata. 

Bagi saya pembinaan watak dan karekter mantap. Setiap watak diberikan ruang untuk berbicara, dan juga diterangkan sedikit sebanyak latar belakang mereka. Oleh kerana novel ini ditulis dari sudut pandangan orang ke-3, perasaan dan kejadian-kejadian yang berlaku pada watak-watak lain jelas diketahui oleh pembaca berbanding novel yang ditulis dari sudut pandangan orang pertama.

Secara keseluruhannya, bahasa dalam novel ini baik, dan juga mampu memikat hati si penggemar novel cinta versi sedih. Semua details mengenai novel ini saya sertakan di bawah tau..

Tajuk: Kuseru Rindu Itu
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Muka surat: 729
harga: RM26.00

Random Mood: Jom balut buku!!!

Hai

Rasanya sudah lama tak update blog kan. Erm ye la tu. Haha... So, sebab tak lama lagi lecturer nak datang melawat dan tengok buku log dan benda-benda lain yang saya buat di sini, terpaksalah saya mencantikkan sedikit buku lab saya ni. Buatnya lecturer nak tengok? Habislah. Segan pulak nanti nak tunjuk kan... so... jom balut buku.

Ini buku lab original ya. Warna hijau tu dan dah buruk. Sebab ni buku lab Final year project dulu. Disebabkan saya still lagi masuk lab dan buat microbe so, buku lab FYP ini memang sangat berguna. Lagipun banyak lagi ruang kosong. Dah namanya buku lab.. konfem kondisi luarnya agak teruk. Maklumlah.. inilah buku yang saya duk usung setahun time buat final projek.
 Ini pula bahagian dalam.
Okay.. mula-mula gunting sugar paper yang kaler hitam itu bersesuaian dengan saiz buku. Saya pakai sugar paper je.. Sebetulnya nak beli kertas pembalut hadiah.. tapi rasa tak berkenan pula coraknya.. So, senang.. pakai je kertas kaler hitam dan kelebihannya .. memang tak cepat kotor. Lagipun sugar paper ini murah je.. RM0.60 je.

Balut dengan penuh kasih sayang tau.. Macam ni..

Sambil-sambil membalut tu boleh juga makan kerepek pisang. Haha.. Sedap tau..

Lepas dah balut.. jangan lupa bancuh nescafe pula.. Haha.. ye la tercekik makan kerepek.. minum nescafe satu mug pun ok.. hehe..

Bagi tak nampak sangat gelap dan kosong... Boleh lah letakkan hiasan... macam yang saya buat kat atas ni.. Ala.. Kalau nak kreatif lagi.. bolehlah letak bunga-bunga kering ke.. reben ke.. ikut suka korang la.. janji jangan over ok..

Lepas tu saya, tulis la nama seposen dua.. senang nanti kalau hilang.. orang tau buku ni buku siape.. Haha.. Kalau nak letak nombor telefon, emel, atau nama facebook pun boleh.. tak kisah.. tak kisah.. terpulang pada korang la ok..

Lastly... balut dengan plastik bagi mengelakkan kemalangan/ ketumpahan air tidak mencacatkan buku lab suatu hari nanti. Sebab berdasarkan pengalaman saya.. buku lab akan mengalami banjir.. akibat tertumpah air suling atau bahan-bahan kimia di kulit buku.. so, sebagai langkah awal.. balut dengan plastik.. Selamat..kalau tumpah.. boleh lap je...

tadaaaa... siap sudah...  Akhirnya buku lab saya mendapat wajah baru.. Yeay.. 
Okay teman-teman.. selamat membalut buku ok...

Wednesday, April 4, 2012

LI story: Minggu ke-7


Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari Rabu. Esok Khamis dan lusa Jumaat. Dan Minggu ke-7 dah tamat untuk praktikal kali ni. Makin lama, makin rasa sayang dekat tempat LI ni. Hurm.. dan maybe orang-orang di sini. Ehem...

Tak lama lagi, pensyarah sudah nak datang melawat. Rasanya dalam minggu ke-10. Risau. Ya, saya memang risau. Mungkin sebab yang datang melawat tu bukan pensyarah yang pernah mengajar saya sewaktu di U. Entah...kalau ikutkan mestilah nak pensyarah yang pernah mengajar saya datang melawat. Sebab mereka lebih mengenali student. Tapi, takpelah. As long ada pensyarah yang datang melawat.. tu pun dah cukup baik.

Entah apa yang aku merepek pun aku tak tahu.. hehe

Minggu ni, aktiviti seperti biasa. Biasakan saya akan turun ke lab awal pagi sebab tak nak berebut dengan orang lain. Lagipun, pagi-pagi tak ramai yang turun lab... Jadi memang ada privasi di situ. Malas nak beramai-ramai di lab. Bila dah setel kerja, boleh naik ke office dan buat kerja-kerja lain seperti mengupdate log book dan juga menaip sebaris dua report LI. haha .. Advance..

Nak letak gambar.. tapi rasa macam tak elok pulak. Lagipun saya LI dekat research centre yang semuanya controlled copy. Jadi tak boleh nak dedahkan. Lagipun lab tu ada ISO. SO, tak boleh main snap picture dan publish kat Fb atau blog. So, tengok je la... tulisan-tulisan yang panjang ni. Okay.. haha

Sebenarnya, ada banyak lagi luahan tapi.. entah rasa macam tak berapa elok nak diluahkan di sini. Cukuplah benda-benda ni. Apapun, saya rasa tak menyesal langsung sebab LI kat sini. Staff baik dan rasa gembira di sini.. 
Okay la.. setakat ni sahaja. 
Sekian, wasalam.