Sunday, May 20, 2012

Random: Maaf

20 May 2012

Hari ini ahad. Dan sekarang jam menunjukkan pukul 10.09AM pada saat jari-jemari saya menaip entri ini. Dua tiga minggu kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan urusan latihan industri. Maklumlah, kalau dah namanya mini projek, bermakna macam kembali membuat final year project versi kecil-kecilan. Tambahan pula, kali ini ada dua mini projek yang dijalankan secara serentak. Haha... Tapi saya tak kisah, sebab saya memang suka buat eksperimen dan duduk lama-lama dalam lab.

Cuma... saya terasa seperti telah mengabaikan orang-orang yang tersayang. Hu-Hu.. Maaflah awak-awak sekalian. Kesibukkan saya ini akan berterusan sehinggalah saya menyiapkan report untuk dihantar bulan June nanti. Sekarang ini saya tengah gila meneroka kembali alam data analisis menggunakan Minitab dan SPSS. Dah lama saya tinggalkan semua ini. Dan sekarang datang kembali menjengah notebook saya. Plan untuk berjalan-jalan pun terpaksa saya batalkan lantaran kesibukkan yang melanda. Tapi tak apalah, janji ada benda yang nak diceritakan dalam report LI nanti. 

Hurm.. keputusan FYP dah keluar. Ha-ha. Saya puas hati dengan result FYP. At least apa yang saya usahakan dulu berbaloi dengan result yang saya dapat. Tinggal nak aim result LI sahaja. Harap-harap dapat yang terbaik untuk LI ini. Sebab saya rasa, saya dah berikan banyak komitmen untuk mini projek ini. Miss Meow pun sama. Dia pun dah berikan yang terbaik untuk semua projek-projek yang diberikan kepada kami berdua. Haha...

Harap semua akan berakhir dengan baik. 

P/s: Dalam sibuk-sibuk tu, sempat lagi saya, Miss Z dan miss Meow makan steamboat ala Korea. Kenyang wooo.. sampat tak boleh nak bangun. hahaa

Thursday, May 17, 2012

Fyp cases: Surat buat thesis




credit to google


Penulis Thesis        
307-02, Taman Universiti,
81300 Skudai, 
Johor.

17 Mei 2012

Ke hadapan keputusan thesis yang bakal keluar,

Saya harap kamu baik-baik sahaja di sana. Dulu, hati saya gundah-gulana menanti kehadiran kamu. Ya, saya bukanlah insan yang berani mengambil tahu khabar beritamu di laman web mynemo UMT.  Tadi jiwa saya kembali gementar dan tidak keruan tatkala ada notification di facebook yang menyatakan kamu sudahpun kembali di mynemo. Alangkah terkejutnya saya sehinggakan data analisis untuk mini project saya pun tidak mampu saya teruskan angkara terbayang-bayangkan kamu. Oh kejamnya kamu. Tahukah kamu wahai thesis, data analisis itu harus saya hantar esok pagi pada supervisor latihan industry saya. Kamu kejam! Kamu kejam!

Terketar-ketar tangan saya ingin menaip mynemo di carian google, namun apa kan daya saya yang lemah ini, saya tidak mampu menghadapinya lagi. Bolehkah saya tinggalkan kamu sementara menunggu kekuatan muncul dalam diri ini? Bolehkah? Jadi, izinkan saya pergi buat sementara waktu menenangkan diri dengan data-data yang berpanjangan perlu dianalisis sebelum pulang ke UMT. Saya janji akan segera mencari kamu apabila hati ini tenang. Saya harap kamu bersabar.


Salam sayang dan rindu,
Penulis thesis