Friday, October 18, 2013

Korban

Assalamualaikum semua.

Selamat hari raya korban. Mungkin saya sudah terlewat untuk ucapkan selamat hari raya. Maklumlah, ada beberapa perubahan drastik dalam hidup kebelakangan ni.

So, saya ditanya satu soalan pada hari raya yang lepas...
Yep.. satu soalan...
Bukan soalan pasal kahwin ya teman-teman...
Tapi soalan itu berbunyi....

"apakah yang anda korbankan tahun ini?"

KORBAN..... ya tahun ni, saya masih lagi tak layak menumbangkan seekor lembu, hatta seekor kambing pun. Tapi raya korban tahun ni, saya korbankan kerjaya saya yang hectic untuk kesihatan saya.

Ya, memang susah nak buat keputusan. Saya tahan dengan stress walaupun selalu merungut. Tapi disebabkan kesihatan yang semakin teruk, saya mengambil keputusan yang sangat drastik dengan berenti notis 24 jam.

Semua terkejut. Dengan gaya saya yang bekerja.. memang tak siapa akan expect saya akan berenti sebegitu sahaja. Tapi, demi kesihatan... Saya terpaksa tolak tepi kerjaya tu. Ya, di saat saya hampir naik pangkat, saya korbankan demi kesihatan yang semakin hari semakin teruk.

Sekarang, saya duduk bersenang-lenang di rumah. Memang saya ada ditawarkan kerja lain, tapi biarlah saya pulih sepenuhnya dulu. Sekarang masih lagi kelam-kabut berulang-alik dari klinik ke rumah. Harap, sembuh dengan cepat kerana, tangan, dan kaki saya ini, asyik sibuk nak tekan-tekan keyboard taip resume nak apply kerja baru.

Haha... Hopefully...
Kadang-kadang saya fikir kenapa saya?
Tapi kan.. bila fikir balik... maybe waktu saya bekerja dulu, saya tak ikhlas kee... that's why saya didatangkan sakit. Sakit kan penghapus dosa-dosa kecil.

So, doakan saya sihat ya teman-teman...

Love u'all...

Friday, August 23, 2013

Random Talk: Hari-hari kerja... lalaalalaa

Assalamualaikum dan Hai.

Hurm, rasanya  dah lama tak menjengah kat ruangan ni. Rasanya last entri pun bulan april... Lamanya tak bukak blog ni. Saya kekurangan masa dan idea yang nak dicurahkan kat sini. Tiba-tiba je pagi ni terasa jari-jemari yang tak berapa runcing ni nak menaip. Hurm..

Ya, saya sekarang sibuk berkerja. Kerja apa? Biarlah rahsia. Yang penting dalam bidang makanan. Ya, saya masih lagi tak lari dari bidang yang saya belajar di UMT dulu. Bidang makanan memang penat.. Dari zaman belajar sampailah ke zaman kerja... memang penat. Masa bersosial? hurm.. okay.. sekarang saya tak punya masa sosial. Saya cuti time orang berkerja ( Isnin- Jumaat).. Sabtu dan Ahad? Okay..Tu hari wajib kerja. So, kawan-kawan yang weekend nye cuti.. kenalah paham kenapa saya tak boleh hang out makan-makan sambil tengok wayang.. Huhuhuhu....

Jadinye, time cuti saya hanya mampu duduk kat umah sambil tengok Tv (sebab tak de kawan yang cuti time tu.) Atau beli barang keperluan rumah sendirian kat shopping complex. Oh my... sedih kan bunyinye.. hehe

Kerja? Memanglah semua kerja penat. Cuma yang membezakan waktu kerja dan jenis apakah penatnye... Penat badan atau penat otak...Ataupun penat kedua-duanya.. Dan kerja saya ni.... penat kedua-duanya... Kadang-kadang nak je saya offkan hanphone bila time cuti. Malas nak terima panggilan dari tempat kerja time saya off day. Hehe..

Hurm....
So, ade tak kawan-kawan yang nak syorkan kerja lain untuk saya.. Haha.  Oh okay.. joking saja.. hee

P/s: Nak tunggu kerja kerajaan lagilah lambat. So, proceed dulu dengan kerja apa yang ada sebab susah tau nak dapat kerja yang okay sekarang.... 



Friday, April 26, 2013

Random: Perantau

Hai,


Dah lama rasenye tak membebel kat sini.  Jari-jemari saya  pun dah tak tangkas menaip seperti dahulu. Yela, kerja sekarang ni, bukannye nak kene pandang komputer 24 jam. Jadi, terasa kekok pulak nak menaip. Haha..

Apa kabar kawan-kawan semua? Sihat?
Rasanya macam dah berbulan-bulan tak mengupdate cerita kat blog ni. Ya, betul kata kak nourel, kalau dah masuk alam kerja, memang susah nak update blog.. Lagipun, terasa macam tiada apa yang nak diceritakan.. Nak cerita pasal kerja?

Owh tu tersangat la tidak profesional. Nak cerita pasal aktiviti? Hurm.. hari-hari kerja je la aktiviti wajib.. So, apa yang saya nak ceritakan? Hehe..

Tiba-tiba, di hari jumaat yang indah ni, saya terasa nak buat aktiviti menaip. Owh.. saya kerja shift petang hari ni, jadi... banyaklah masa nak bersuka ria depan laptop usang yang berusia hampir 5 tahun ni. hehe..

Sekarang, trend pakai wechat kan.. Rakan-rakan sekerja sibuk pakai wechat dan whatapps... Hurm.. lagi-lagi sekarang ni, telefon pintar dah boleh jadi sesuatu yang mampu milik.. hehe.. Owh thanx rebat rm 200..

Tapi... saya tak redeem pun lagi rebat tu.. hurm.. terasa sekarang bukan masanya lagi kot nak beli telefon pintar tu.. so, kawan-kawan wechat... saya tengok je la... haha... biarlah... janji duit nak makan ade.. maklumlah kerja kat negeri orang.. kena la pandai jimat.. yang perlu.. kita utamakan.. yang tak berapa nak perlu.. ketepikan dulu ea..

So, saya on da way nak mengumpul duit nak beli kereta.. susahnye takde transport nak gi keje.. Kalau kat kuantan.. senang la.. abah ambil.. abah hantar.. sekarang ni? hehehe.. Memang banyak public transport.. tapi limited sampai pukul 11 malam je... kalau dah keje balik pukul 1 atau 2 pagi...? mengah jugak nak cari teksi..

hurm.. jadinya... tengah mencari.. brochure-brochure kereta...mana tau boleh beli dalam masa yang terdekat ni...

Ok thanx...
nak makan tengah hari di kedai mamak.. Erm... mamak lagi... hehe
P/s: hidup di negeri orang kena tahu jaga diri. :)

Sunday, March 3, 2013

Random Talk: Kerja

Dah lama tak menaip kat sini.
Entahlah mengapa sejak berkerjaya ni (ehem) rasa makin malas nak menaip. Haha
Mungkinkah kerana faktor usia? Eh bukan..
Ini mungkin disebabkan faktor kerja. Ya.. Faktor kerja. Yalah.. kalau kerja hari-hari uli roti, bancuh kek dan muffin.. mana la ada masa nak menaip kan..

Blog pun makin bersawang.. Idea-idea yang dulu kononnya melimpah.. makin berkurang... hurm..Mungkinkah zaman aktif berblog semakin hampir ke penghujungnya.. yalah.. orang kate.. ikut trend...
Zaman blog.. kita bukak blog;.. zaman formspring. kita buat formspring.. zaman facebook.. kita facebook.. dan sekarang ni.. zaman twitter.. ehem.. akaun twitter? oh sorry.. saya tak aktif twit.. twitt ni...

Sekarang ni.. terasa tekanan kerja.. Oh.. terasa sangat tak professional, bila nak bukak cerita pasal masalah dan stress kerja.. yep.. Sangat tak professional.. hehe

Maybe next entri la.. baru bukak cerita pasal ni..
Okaylah..

Mungkin badan ini perlukan rehat.. Ya, rehat.. hari ahad best nye kalau dapat baring atas katil.. tak payah nak buat apa-apa kerja.. Makan, dan tidur je.. eh.. haha

P/s: Minggu depan , minggu terakhir saya di tempat kerja lama.. sebelum berpindah ke tempat baru.. doakan saya dapat mengharungi tempat kerja nbaru dengan tabah dan sabar.. hehe.. Amin...

Tuesday, January 1, 2013

Random Talk: Kisah Tahun Baru

Assalamualaikum..

Hai..Dah masuk tahun baru kan hari ni? 2013. Ya, dah naik setahun lagi umur saya. Erm.. dah tua. Erm.. dah boleh kahwin pun.. Teeeeeeeeet...Gatal pulak kat sini. Maaf ya. Haha..

Erm, tahun lepas, saya sambut tahun baru dengan dendangan lagu dangdut serta kemeriahan jari-jemari menaip draf thesis untuk dihantar kepada koordinator.. dan tahun ni, sambutan tahun baru dengan edisi makan-makan bersama family tersayang dan juga.. ehem.. yang tersayang. Ehem.. paham-paham sendiri la ye. Haha.. No komen...

Ya, jom kita imbau kembali apa yang berlaku tahun lepas. Tahun lepas, saya masih lagi pelajar. Ya, pelajar UMT dan menjalani praktikal di UTM, skudai. Dan tahun 2012 jugak, saya grad. Hurm.. banyak perkara penting berlaku dalam tahun ni kan. hurm...

Tahun ni, 2013. Ada 364 hari lagi. Moga-moga tahun ni akan terisi dengan perkara-perkara yang bermakna dalam hidup. Hurm... Okay..

Selamat tahun baru sayang. ^^v

P/s: banyak benda nak ditulis sebenarnya, cuma tak teluah dengan taipan di keyboard laptop ni. Hehe..