Friday, October 18, 2013

Korban

Assalamualaikum semua.

Selamat hari raya korban. Mungkin saya sudah terlewat untuk ucapkan selamat hari raya. Maklumlah, ada beberapa perubahan drastik dalam hidup kebelakangan ni.

So, saya ditanya satu soalan pada hari raya yang lepas...
Yep.. satu soalan...
Bukan soalan pasal kahwin ya teman-teman...
Tapi soalan itu berbunyi....

"apakah yang anda korbankan tahun ini?"

KORBAN..... ya tahun ni, saya masih lagi tak layak menumbangkan seekor lembu, hatta seekor kambing pun. Tapi raya korban tahun ni, saya korbankan kerjaya saya yang hectic untuk kesihatan saya.

Ya, memang susah nak buat keputusan. Saya tahan dengan stress walaupun selalu merungut. Tapi disebabkan kesihatan yang semakin teruk, saya mengambil keputusan yang sangat drastik dengan berenti notis 24 jam.

Semua terkejut. Dengan gaya saya yang bekerja.. memang tak siapa akan expect saya akan berenti sebegitu sahaja. Tapi, demi kesihatan... Saya terpaksa tolak tepi kerjaya tu. Ya, di saat saya hampir naik pangkat, saya korbankan demi kesihatan yang semakin hari semakin teruk.

Sekarang, saya duduk bersenang-lenang di rumah. Memang saya ada ditawarkan kerja lain, tapi biarlah saya pulih sepenuhnya dulu. Sekarang masih lagi kelam-kabut berulang-alik dari klinik ke rumah. Harap, sembuh dengan cepat kerana, tangan, dan kaki saya ini, asyik sibuk nak tekan-tekan keyboard taip resume nak apply kerja baru.

Haha... Hopefully...
Kadang-kadang saya fikir kenapa saya?
Tapi kan.. bila fikir balik... maybe waktu saya bekerja dulu, saya tak ikhlas kee... that's why saya didatangkan sakit. Sakit kan penghapus dosa-dosa kecil.

So, doakan saya sihat ya teman-teman...

Love u'all...