Friday, September 12, 2014

Matlamat Hidup

Assalamualaikum....

Hari ini, saya masih lagi rajin menaip entri menggunakan handpon. Malas nak buka laptop. huhu..

Just be simple. Hari ni saya cuma nak ceritakan tentang matlamat hidup. yalah... saya ni jenis orang yang follow the flow... dan disebabkn itu... saya berada di sini.

kadang-kadang saya fikir untuk tujuan apa saya hidup... dulu saya bercita-cita nak jadi pelukis... walaupon lukisan tak cantik mana... tapi parent cakap susah nak dapat kerja. then saya cakap nak jadi fashion designer boleh tak? so default answer of coz no...

then saya tanye.... what they want be to do? so.. diorang cakap... jadi cikgu ke... doktor... nurse... and i refuse. tak nak.
sebab tak sesuai dengan jiwa.

jadi just follow dgn blaja saje... after pmr masuk kelas sains tulin. even nk tmbh paper amik pendidikn seni pon tak boleh... sedih... dan sampai sekarang
saya still sedih... kenapa saya tak buat keras ati nk amik seni tu.. huhu...
then masuk matrix... semua kawan nk jadi doktor sebab sains hayat kan... bosan.

 last2 saya choose foodscience and nutrition...

and here i now...jd nutritionist di satu syarikat swasta... payment?
ok... kerja ok... tp still parent tanya ade dapat tak kerja kerajaan?
i'm happy with my job now.. and stop asking me about the gomen job.. sebab ramai yg apply..tp tak semua dapat. dan tak semua orang yang tak kerja dengan kerajaan tu tak cukup makan pakai....

sampai bila nak mengharapkan kerajaan untuk bagi kerja... open your mind... cari peluang kerja dalam bidang swasta..... belajar untuk naik dari bawah...

kalo tunggu kerja kerajaan sahaja tak ke mana kita....
 sebab kita akan sentiasa tak puas hati... kita akan sentiasa merungut... kita jdi tak produktif.. tak efektif... dan sebab nilah biasanya syarikat akan buang pekerja...

jadi sebab saya amik peluang ini... saya pekak kn telinga... dengar ceramah pasal bagusnya kerja gomen..
bukan saya tak nak... tapi dah tak dapat...jdi just follow the flow... at least gaji masyuk kan tetiap bulan... udah la...

tapi kan... kehidupan yang stabil adalah matlamat hidup...namun apa yang paling penting... matlamat hidup yang sebenarnya adalah mencari redha Allah dalam setiap apa yang kita lakukan... amin...


ps: ini gmbr lukisan waktu saya berusia 18 tahun... sketch pakai pensel 2b je... ok ok buruk kan...


Friday, August 15, 2014

Random: Lelaki Miang


Assalamualaikum,

Geram. Stress. tak selesa. Ya, itu yang saya rasa saat saya menaip entri ini di blog. Macam manalah nak gambarkan perasaan saya saat ini. Menyampah dan rasa nak tumbuk saja muka dia (lelaki miang).

Owh.. lupa pula nak cakap. Saya rasa sangat tak best sebab selalu ada pak cik tua yang konon-konon ramah dan mesra datang ke tempat kerja saya. Konon nak bertanya khabar. Mula-mula saya okay sahaja. Lagipun berdasarkan staff senior yang berkerja kat sini dulu, pak cik tu memang selalu datang tanya khabar dan diorang pun layankan aje.. Jadi saya pun okay je la.. tapi just biasa-biasa je.

Sampailah satu hari pak cik tu sudah melampaui batas. Ada ke datang nak suap saya makan? Lepas saya kata tak nak dia terus blah dari situ. Dan yang paling saya tak suka bila dia suka datang dari belakang senyap-senyap dan duduk rapat tengok kita buat apa... Hari tu nasib baik tak kena penampar dengan saya.

huh.. Nak dekat raya.. dia datang lagi.. konon nak minta maaf banyak-banyak la.. dah buat salah... la.. bla... bla/... and tadi.... DIA DATANG LAGI DAN BUAT HAL YANG SAYA TAK SUKA LAGI.

Dalam hati teringin je nak penampar dia... Konon alim dan warak la.. Bagitau hukum fardu kifayah la.. hukum fardhu ain la.. siap tanya saya dengan sinis lagi..
"Adik tahu ke fardu kifayah tu apa?"

Amboi.. kalau dah alim dan warak sangat.. Jangan la duduk rapat2 dengan perempuan.. Jangan hanya tahu cakap sahaja. Orang alim dan warak ni.. kita tengok air muka pun tahu... diorang pun jenis yang menundukkan pandangan kan.. Jangan harap pakai kopiah je.. tapi.. perangai.. hurmmm.. Mungkin inilah sebab nama orang-orang yang pakai kopiah tercemar.

stress... last-last saya buat muka je bila dia datang. Kalau buat muka manis.. mahu dia lepak lama-lama kat sini. Kalau buat muka.. at least automatik dia akan blah dan tak duduk lama-lama kat sini.


Hope dia akan sedar.

P/s: Yang mengejutkan .. rupanya semua staff kat sini tak suka dan aware yg pak cik tu miang. Lepas tu, saya kalo ada staff baru masuk.. saya akan remind pasal lelaki tua miang tu.. just atas diorang la nak decide yang dia tu ok or not.. I'm just being protective je.. :)

Thursday, February 20, 2014

Saya Anak Abah

Assalamualaikum.

Saya rajin hari ini. Lepas tengok cerita drama filipina be careful with my heart, terus je saya bukak blog. konon nak blogwalking je... alih-alih gatal pulak jari nak menaip.

Apa yang saya nak cerita yep.?

Saya anak abah....
Saya anak mama...
Pendek kata saya anak abah dan mama.
Tapi saya lebih rapat dengan abah berbanding mama.

Mungkin sebab tarikh lahir saya selang beberapa hari sahaja dari abah.
Saya lasak orangnya.
Walaupun saya yang paling kecik (dari segi badan) dalam famili.... tapi saya yang paling lincah..
yang paling tak reti duduk diam....
Yang paling kuat membebel... hurm.. hehe
Semua nak perfect..

Sampailah saya sakit....
Walaupun saya ada encik boyfriend...
Saya tetap sayang abah saya..
Abah saya hensem tau..

Adik jeles bila abah selalu lebihkan saya.
Bukan sebab saya pandai..
Bukan sebab saya rajin...
tapi sebab saya peka dengan apa yang abah nak..

Abah suka makan..
dan saya suka masak..
Abah suka chinese food plus western food
sebab arwah mak abah bekas tukang masak istana..
jadi abah suka makan makanan yang mama tak biasa masak...

Saya pula gila korea dan chinese food
Internet dah ada.. jadi gunakan untuk cari resepi..
macam-macam saya try...
dan saya ajar mama cara nak masak kalau resepi tu menepati citarasa semua..

Saya sayang abah...
saya sayang mama...
saya sayang family saya.

Bila sakit, family yang paling dekat
walaupun kita ada kawan...
walaupun kita ada teman istimewa..
tapi kita masih perlukan family...

betul tak?

P/s: Bosan setiap hari kena makan ubat. Hope akan okay. tetiba nak makan ayam stim dengan halia. Yummy...

Monday, February 17, 2014

Pantang cara bersalin.

Assalamualaikum.

Hari saya rajin buat blogwalking. Dah tak tahu nak buat apa sangat. Lepas tengok citer filipina kat TV3( Be careful with my heart) terus je memerap dalam bilik. Sindrom malas semakin berleluasa sekarang. Nak keluar rumah pun malas. Nak memerap je dalam bilik.

Perut tengah lapar. Wassap encik boyfriend... Dia layan kejap-kejap je. Sesekali dia hantar gambar posing muka troll. Gelak la sekejap. Adoii... Sekarang ni.. tengah menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada sebelum kerja bulan tiga. Sakit pun dah kurang sikit walaupun berat masih tak mencapai BMI normal.

Doktor kata kalau makan ubat yang diberikan, maybe akan ada side effect macam tak lalu makan. but.. kemain lagi saya makan... Hehe.. Siap tambah nasi. Lagipun, macam mana nak sihat kalau badan tak cukup nutrien kan?

Sekarang ni. ada masa je.. mesti duk kat dapur... dan pantang makan..
Macam perbualan dengan adik tadi..

Adik (Nurse)  : Kak, jangan lupa makan ubat ikut time. Makan yang bakar-bakar je... stim.. kukus.. Kalau                           boleh pantang macam orang bersalin. lagi bagus
Saya               : baik. Pantang la.
Adik               : Pantang makan tau. bukan pantang nampak makanan!! Yang tu lain konsep. Haha
Saya               : Haha... Macam tau-tau je.

Siap dia pesan lagi dengan encik boyfriend. Apa yang saya boleh makan. Apa yang tak boleh. Memang takde peluang la nak pau encik boyfriend. Okay.. ni memang kena pantang. HUHU
baru ingat nak pau makan nasi arab kat Restoran Sana'a kat Cyberjaya.Adoi... tak dapat la...

Semalam masak, masak lemak cili padi ayam... tapi just boleh tengok dan tolong masakkan je... untuk diri sendiri... hurm... makan la ikan bakar.. dengan ulam-ulaman.. hehe

P/s: Harus tabah demi kesihatan.. Okay.. saya praktis nanti kawin.. kalau dah bersalin.. mesti kena pantang macam ni jugak kan.. hehe...positif... positif.. hehe



Tuesday, February 4, 2014

Makanan tambahan? Perlukah?

Assalamualaikum semua..

Dah lama saya tak menaip di ruangan ini. Ceh.. ayat skema ini seiring dengan pertambahan usia kala ini. Peace.. Okay, back to topic. Supplement atau makanan tambahan. Perlu ke?

Kalau ditanya soalan itu suatu ketika dahulu, sudah tentulah saya akan katakan tidak dan semestinya tidak perlu. Cuma perlu makan makanan seimbang sahaja. Tapi selepas bergraduat dan tinggal di rumah sewa sendirian, ya saya rasa makanan tambahan itu perlu. 
Nasi Ayam Claypot- macam sihat je kan.. tapi tak cukup sayur. HEHE


Kenapa? Mengapa?

Saya tahu pemakanan seimbang itu perlu. Tapi setelah bekerja dan tinggal sendirian, saya tak rasa pemakanan seimbang boleh dipraktikkan secara konsisten dan istiqomah. Dulu saya selalu berkempen makanan sihat, makan sayur, minum air masak dan jangan lupa ambil sarapan. Tapi hakikatnya, semua itu hanyalah sekadar teori, dan bukan amalan harian. Ya, saya pelajar pemakanan. Namun, saya masih lagi dalam status underweight dengan moderately malnutrition. Ngeri kan. Dalam banyak-banyak makanan dalam Malaysia, saya boleh tergolong dalam kategori moderately malnutrition.

Saya sangat gila kerja. Dan kerja dalam retail fast food membuatkan saya selalu skip makan. Orang kata, kerja dalam bidang makanan terutama dalam fast food boleh jadi gemuk namun saya sebaliknya. Makin kurus akibat tekanan kerja dan tidak cukup masa untuk makan. Haha.
Saya tak sedar yang saya sudah terlalu kurus sehinggalah kawan menegur yang berat badan saya susut. Baju semua besar, dan terpaksa menambah koleksi baju baru kerana dah berkurang saiznya. Sakit, hilang selera makan, muka pucat dan antibodi tidak kuat. 

Dan saat itu, saya ke farmasi untuk mengambil B-complex vitamin. Buku nutrition yang dah berhabuk atas almari kembali dibuka. Ya, cari balik info mengenai vitamin yang boleh melancarkan sistem badan, yang melindungi badan dari patogen dan juga menguatkan imunisasi badan.  Ada juga rakan-rakan emak dan saudara yang mencadangkan rawatan alternatif seperti kolagen dan minuman-minuman yang sedang rancak diiklan di tv mahupun fb, namun  saya tidak berminat.

Bukan saya tidak mahu membeli cuma perasaan prasangka itu kuat. Masakan satu ubat boleh mengubati begitu banyak penyakit? Saya percaya makanan tambahan seperti vitamin-vitamin yang boleh dibeli di farmasi dengan cop KKM, boleh merangsang selera makan dan membekalkan nutrien dalam badan walaupun kadar penyerapannya tidaklah seefektif yang organik. Namun, sumber vitamin itu masih ada kan... :)
B complex.

Kadang kala saya bosan dengan sikap sesetengah orang yang sibuk mengiklankan sesuatu produk makanan tambahan tanpa menerangkan cara sesuatu vitamin itu berfungsi dalam badan. Mereka hanya memberitahu result sahaja setelah memakai sesuatu produk tapi tidak pula diceritakan mengenai bahan aktif yang terdapat dalam supplement atau makanan tambahan itu. Apakah tindakan atau mekanisme yang boleh menyebabkan badan sihat, atau kulit cantik. Kebanyakkan pengedar gagal menerangkan produk mereka. Fail!

Dan kita, percaya dengan setiap omongan itu. Masakan satu pil boleh menjadikan kita cantik bergaya tanpa perlu menjaga diet pemakanan seharian? Mustahil kan. Sebab itu, jika anda mengambil pil-pil kesihatan, namun langsung tidak menjaga pemakanan anda, ratusan ringgit yang anda laburkan itu umpama membakar duit sahaja. Kerana, kurang berkesan. Jadi kesimpulannya... jagalah pemakanan.

Opps.. Jangan sangka saya tidak mengambil makanan tambahan, saya ambil Scott emulsion dan b-complex dan minum horlicks.  Haha... dan of course makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

P/S: Saya tak salahkan pengedar jika mereka tidak memberi tahu mengenai produk mereka namun saya salahkan pengguna kerana tidak menggunakan kemudahan yang ada untuk membuat kajian mengenai sesuatu product yang ingin dicuba.  Pengedar atau jurujual mungkin tidak arif mengenai produk yang mereka jual kerana mereka punya puluhan produk untuk dijual.  Sekian.. :)

Monday, January 20, 2014

nikmat yang sementara...

Assalamualaikum...
first time, 
saya berblog guna handphone... hehe... eh bukan nak berlagak.. tapi tak larat nak bukak laptop. hurm...

banyak yang saya nak share tapi blogging pakai phone ni agak terbatas...
ahh tak kire nak share jugak.. haha

okay... ingat lagi tak yang azam saya tahun ni nak jaga kesihatan? 
tapi tak sempat nak jage... dah terkena sakitnya... agak teruk sehingga  terpaksa bergantung dengan ubat. radang paru-paru.. 

dan yang paling menyedihkan... saya alergik dengan antibiotik penicillin dan yang sewaktu dengannya... so saya terpaksa jadi uji kaji dengan jenis antiobiotik yang lain... macam erytomycin dan bactrim... 

so... saya pun terpandang pak cik krause yang sudah lama terbiar di atas rak buku.terlupa pulak belajar nutrition dulu... sengal kan.... so.. bermulalah nutrition theraphy... terapi dengan diet dan... of course senaman dan doa.

so saya hentikan nescafe...  walaupun nescafe tu bagaikan kawan kamceng saya dari kecik... haha... bye bye nescafe...

saya hentikan makanan bergoreng... sume makanan yang rebus... stim  dan bakar saja... hatta setitik minyak pun tak dibenarkan dlm makanan.... huhuhu.. very strict diet... makanan pedas... lada hitam.. lada sulah pun tak boleh.. tak baik... nanti batuk tak sembuh...

 saya start minum limau suam....  walaupun saya memang tak suka benda masam... okay.. vitamin  c kan untuk immune system... kadang2 saya amik madu dengan limau.. untuk minum setiap pagi...tapi kalau saya amik ubat.. saya tak minum madu.. nanti keracunan

itu je yang saya buat setakat ni... harap sembuh..doakan saya ye... amin...


Thursday, January 2, 2014

2014- Permulaan baru

Salam tahun baru 2014,

Sekejap je dah tahun baru. Harap tahun ni akan lebih sukses dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Sebelum saya bercerita  dengan apa harapan saya di tahun baru ni.. jom kita recap tahun 2013 punya kisah.

Januari 2013-
Peningkatan kerjaya. Dari seorang fresh graduate yang berkerja secara part time di resort, saya bekerja sebagai supervisor di kedai bakery.

Mac 2013-
Peningkatan kerjaya lagi. Dari supervisor kepada Manager in training di salah sebuah restoran fast food di Malaysia.

Mei 2013-
Membeli sebuah kereta kecil untuk dibawa ke tempat kerja. ^^v


Jun 2013-
Peningkatan kerjaya lagi. Dari Manager in Training kepada Asstant manager di outlet Cyberjaya. First time merasa duduk rumah sewa di putrajaya.

October  2013-
Berehat dari kerja. Hadir kenduri kawin kawan di perak.. Dah lama tak datang perak.

November 2013-
Masuk kerja lagi. Assistant manager di outlet Kuantan.

Disember 2013-
First time dapat interview nutritionist and akan posting 2014 ^^v

So, apa harapan saya untuk tahun 2014?
1. Saya akan berusaha untuk menjaga kesihatan saya kerana tanpa kesihatan yang baik, duit banyak pun tak berguna jugak. Kan...

2. Saya berharap tahun ni saya akan lebih seimbang dalam kerja dan keluarga. Saya nak life dengan kawan, family dan yang tersayang.. ehem...

3. Saya harap boleh tukar status tahun ni. haha..

4. Insya- Allah bulan 3 akan ke Selangor sebagai nutritionist. Harap saya boleh apply yang saya belajar dan bermanfaat untuk semua. ^^V

5. Saya harap saya akan lebih positif, kurangkan merungut dan bersyukur dengan apa yang ada.

6. lastly, saya harap, saya boleh bawak family bercuti di Cameron Highland atau Pulau pangkor.

Amin.. semoga semua harapan saya tahun ni akan konsisten sepanjang tahun. ^^v