Thursday, January 2, 2014

2014- Permulaan baru

Salam tahun baru 2014,

Sekejap je dah tahun baru. Harap tahun ni akan lebih sukses dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Sebelum saya bercerita  dengan apa harapan saya di tahun baru ni.. jom kita recap tahun 2013 punya kisah.

Januari 2013-
Peningkatan kerjaya. Dari seorang fresh graduate yang berkerja secara part time di resort, saya bekerja sebagai supervisor di kedai bakery.

Mac 2013-
Peningkatan kerjaya lagi. Dari supervisor kepada Manager in training di salah sebuah restoran fast food di Malaysia.

Mei 2013-
Membeli sebuah kereta kecil untuk dibawa ke tempat kerja. ^^v


Jun 2013-
Peningkatan kerjaya lagi. Dari Manager in Training kepada Asstant manager di outlet Cyberjaya. First time merasa duduk rumah sewa di putrajaya.

October  2013-
Berehat dari kerja. Hadir kenduri kawin kawan di perak.. Dah lama tak datang perak.

November 2013-
Masuk kerja lagi. Assistant manager di outlet Kuantan.

Disember 2013-
First time dapat interview nutritionist and akan posting 2014 ^^v

So, apa harapan saya untuk tahun 2014?
1. Saya akan berusaha untuk menjaga kesihatan saya kerana tanpa kesihatan yang baik, duit banyak pun tak berguna jugak. Kan...

2. Saya berharap tahun ni saya akan lebih seimbang dalam kerja dan keluarga. Saya nak life dengan kawan, family dan yang tersayang.. ehem...

3. Saya harap boleh tukar status tahun ni. haha..

4. Insya- Allah bulan 3 akan ke Selangor sebagai nutritionist. Harap saya boleh apply yang saya belajar dan bermanfaat untuk semua. ^^V

5. Saya harap saya akan lebih positif, kurangkan merungut dan bersyukur dengan apa yang ada.

6. lastly, saya harap, saya boleh bawak family bercuti di Cameron Highland atau Pulau pangkor.

Amin.. semoga semua harapan saya tahun ni akan konsisten sepanjang tahun. ^^v

3 comments:

  1. nice entri..akak dh mls nk tulis..

    ReplyDelete
  2. haha.. tah.. tetibe semalam terasa nak menaip. Tapi macam biasa la tak konsisten. Haha.. Apepun ka.. Selamat tahun baru. dan selamat menukar status tahun ni ^^v

    ReplyDelete