Tuesday, February 4, 2014

Makanan tambahan? Perlukah?

Assalamualaikum semua..

Dah lama saya tak menaip di ruangan ini. Ceh.. ayat skema ini seiring dengan pertambahan usia kala ini. Peace.. Okay, back to topic. Supplement atau makanan tambahan. Perlu ke?

Kalau ditanya soalan itu suatu ketika dahulu, sudah tentulah saya akan katakan tidak dan semestinya tidak perlu. Cuma perlu makan makanan seimbang sahaja. Tapi selepas bergraduat dan tinggal di rumah sewa sendirian, ya saya rasa makanan tambahan itu perlu. 
Nasi Ayam Claypot- macam sihat je kan.. tapi tak cukup sayur. HEHE


Kenapa? Mengapa?

Saya tahu pemakanan seimbang itu perlu. Tapi setelah bekerja dan tinggal sendirian, saya tak rasa pemakanan seimbang boleh dipraktikkan secara konsisten dan istiqomah. Dulu saya selalu berkempen makanan sihat, makan sayur, minum air masak dan jangan lupa ambil sarapan. Tapi hakikatnya, semua itu hanyalah sekadar teori, dan bukan amalan harian. Ya, saya pelajar pemakanan. Namun, saya masih lagi dalam status underweight dengan moderately malnutrition. Ngeri kan. Dalam banyak-banyak makanan dalam Malaysia, saya boleh tergolong dalam kategori moderately malnutrition.

Saya sangat gila kerja. Dan kerja dalam retail fast food membuatkan saya selalu skip makan. Orang kata, kerja dalam bidang makanan terutama dalam fast food boleh jadi gemuk namun saya sebaliknya. Makin kurus akibat tekanan kerja dan tidak cukup masa untuk makan. Haha.
Saya tak sedar yang saya sudah terlalu kurus sehinggalah kawan menegur yang berat badan saya susut. Baju semua besar, dan terpaksa menambah koleksi baju baru kerana dah berkurang saiznya. Sakit, hilang selera makan, muka pucat dan antibodi tidak kuat. 

Dan saat itu, saya ke farmasi untuk mengambil B-complex vitamin. Buku nutrition yang dah berhabuk atas almari kembali dibuka. Ya, cari balik info mengenai vitamin yang boleh melancarkan sistem badan, yang melindungi badan dari patogen dan juga menguatkan imunisasi badan.  Ada juga rakan-rakan emak dan saudara yang mencadangkan rawatan alternatif seperti kolagen dan minuman-minuman yang sedang rancak diiklan di tv mahupun fb, namun  saya tidak berminat.

Bukan saya tidak mahu membeli cuma perasaan prasangka itu kuat. Masakan satu ubat boleh mengubati begitu banyak penyakit? Saya percaya makanan tambahan seperti vitamin-vitamin yang boleh dibeli di farmasi dengan cop KKM, boleh merangsang selera makan dan membekalkan nutrien dalam badan walaupun kadar penyerapannya tidaklah seefektif yang organik. Namun, sumber vitamin itu masih ada kan... :)
B complex.

Kadang kala saya bosan dengan sikap sesetengah orang yang sibuk mengiklankan sesuatu produk makanan tambahan tanpa menerangkan cara sesuatu vitamin itu berfungsi dalam badan. Mereka hanya memberitahu result sahaja setelah memakai sesuatu produk tapi tidak pula diceritakan mengenai bahan aktif yang terdapat dalam supplement atau makanan tambahan itu. Apakah tindakan atau mekanisme yang boleh menyebabkan badan sihat, atau kulit cantik. Kebanyakkan pengedar gagal menerangkan produk mereka. Fail!

Dan kita, percaya dengan setiap omongan itu. Masakan satu pil boleh menjadikan kita cantik bergaya tanpa perlu menjaga diet pemakanan seharian? Mustahil kan. Sebab itu, jika anda mengambil pil-pil kesihatan, namun langsung tidak menjaga pemakanan anda, ratusan ringgit yang anda laburkan itu umpama membakar duit sahaja. Kerana, kurang berkesan. Jadi kesimpulannya... jagalah pemakanan.

Opps.. Jangan sangka saya tidak mengambil makanan tambahan, saya ambil Scott emulsion dan b-complex dan minum horlicks.  Haha... dan of course makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

P/S: Saya tak salahkan pengedar jika mereka tidak memberi tahu mengenai produk mereka namun saya salahkan pengguna kerana tidak menggunakan kemudahan yang ada untuk membuat kajian mengenai sesuatu product yang ingin dicuba.  Pengedar atau jurujual mungkin tidak arif mengenai produk yang mereka jual kerana mereka punya puluhan produk untuk dijual.  Sekian.. :)

No comments:

Post a Comment