Thursday, February 20, 2014

Saya Anak Abah

Assalamualaikum.

Saya rajin hari ini. Lepas tengok cerita drama filipina be careful with my heart, terus je saya bukak blog. konon nak blogwalking je... alih-alih gatal pulak jari nak menaip.

Apa yang saya nak cerita yep.?

Saya anak abah....
Saya anak mama...
Pendek kata saya anak abah dan mama.
Tapi saya lebih rapat dengan abah berbanding mama.

Mungkin sebab tarikh lahir saya selang beberapa hari sahaja dari abah.
Saya lasak orangnya.
Walaupun saya yang paling kecik (dari segi badan) dalam famili.... tapi saya yang paling lincah..
yang paling tak reti duduk diam....
Yang paling kuat membebel... hurm.. hehe
Semua nak perfect..

Sampailah saya sakit....
Walaupun saya ada encik boyfriend...
Saya tetap sayang abah saya..
Abah saya hensem tau..

Adik jeles bila abah selalu lebihkan saya.
Bukan sebab saya pandai..
Bukan sebab saya rajin...
tapi sebab saya peka dengan apa yang abah nak..

Abah suka makan..
dan saya suka masak..
Abah suka chinese food plus western food
sebab arwah mak abah bekas tukang masak istana..
jadi abah suka makan makanan yang mama tak biasa masak...

Saya pula gila korea dan chinese food
Internet dah ada.. jadi gunakan untuk cari resepi..
macam-macam saya try...
dan saya ajar mama cara nak masak kalau resepi tu menepati citarasa semua..

Saya sayang abah...
saya sayang mama...
saya sayang family saya.

Bila sakit, family yang paling dekat
walaupun kita ada kawan...
walaupun kita ada teman istimewa..
tapi kita masih perlukan family...

betul tak?

P/s: Bosan setiap hari kena makan ubat. Hope akan okay. tetiba nak makan ayam stim dengan halia. Yummy...

Monday, February 17, 2014

Pantang cara bersalin.

Assalamualaikum.

Hari saya rajin buat blogwalking. Dah tak tahu nak buat apa sangat. Lepas tengok citer filipina kat TV3( Be careful with my heart) terus je memerap dalam bilik. Sindrom malas semakin berleluasa sekarang. Nak keluar rumah pun malas. Nak memerap je dalam bilik.

Perut tengah lapar. Wassap encik boyfriend... Dia layan kejap-kejap je. Sesekali dia hantar gambar posing muka troll. Gelak la sekejap. Adoii... Sekarang ni.. tengah menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada sebelum kerja bulan tiga. Sakit pun dah kurang sikit walaupun berat masih tak mencapai BMI normal.

Doktor kata kalau makan ubat yang diberikan, maybe akan ada side effect macam tak lalu makan. but.. kemain lagi saya makan... Hehe.. Siap tambah nasi. Lagipun, macam mana nak sihat kalau badan tak cukup nutrien kan?

Sekarang ni. ada masa je.. mesti duk kat dapur... dan pantang makan..
Macam perbualan dengan adik tadi..

Adik (Nurse)  : Kak, jangan lupa makan ubat ikut time. Makan yang bakar-bakar je... stim.. kukus.. Kalau                           boleh pantang macam orang bersalin. lagi bagus
Saya               : baik. Pantang la.
Adik               : Pantang makan tau. bukan pantang nampak makanan!! Yang tu lain konsep. Haha
Saya               : Haha... Macam tau-tau je.

Siap dia pesan lagi dengan encik boyfriend. Apa yang saya boleh makan. Apa yang tak boleh. Memang takde peluang la nak pau encik boyfriend. Okay.. ni memang kena pantang. HUHU
baru ingat nak pau makan nasi arab kat Restoran Sana'a kat Cyberjaya.Adoi... tak dapat la...

Semalam masak, masak lemak cili padi ayam... tapi just boleh tengok dan tolong masakkan je... untuk diri sendiri... hurm... makan la ikan bakar.. dengan ulam-ulaman.. hehe

P/s: Harus tabah demi kesihatan.. Okay.. saya praktis nanti kawin.. kalau dah bersalin.. mesti kena pantang macam ni jugak kan.. hehe...positif... positif.. hehe



Tuesday, February 4, 2014

Makanan tambahan? Perlukah?

Assalamualaikum semua..

Dah lama saya tak menaip di ruangan ini. Ceh.. ayat skema ini seiring dengan pertambahan usia kala ini. Peace.. Okay, back to topic. Supplement atau makanan tambahan. Perlu ke?

Kalau ditanya soalan itu suatu ketika dahulu, sudah tentulah saya akan katakan tidak dan semestinya tidak perlu. Cuma perlu makan makanan seimbang sahaja. Tapi selepas bergraduat dan tinggal di rumah sewa sendirian, ya saya rasa makanan tambahan itu perlu. 
Nasi Ayam Claypot- macam sihat je kan.. tapi tak cukup sayur. HEHE


Kenapa? Mengapa?

Saya tahu pemakanan seimbang itu perlu. Tapi setelah bekerja dan tinggal sendirian, saya tak rasa pemakanan seimbang boleh dipraktikkan secara konsisten dan istiqomah. Dulu saya selalu berkempen makanan sihat, makan sayur, minum air masak dan jangan lupa ambil sarapan. Tapi hakikatnya, semua itu hanyalah sekadar teori, dan bukan amalan harian. Ya, saya pelajar pemakanan. Namun, saya masih lagi dalam status underweight dengan moderately malnutrition. Ngeri kan. Dalam banyak-banyak makanan dalam Malaysia, saya boleh tergolong dalam kategori moderately malnutrition.

Saya sangat gila kerja. Dan kerja dalam retail fast food membuatkan saya selalu skip makan. Orang kata, kerja dalam bidang makanan terutama dalam fast food boleh jadi gemuk namun saya sebaliknya. Makin kurus akibat tekanan kerja dan tidak cukup masa untuk makan. Haha.
Saya tak sedar yang saya sudah terlalu kurus sehinggalah kawan menegur yang berat badan saya susut. Baju semua besar, dan terpaksa menambah koleksi baju baru kerana dah berkurang saiznya. Sakit, hilang selera makan, muka pucat dan antibodi tidak kuat. 

Dan saat itu, saya ke farmasi untuk mengambil B-complex vitamin. Buku nutrition yang dah berhabuk atas almari kembali dibuka. Ya, cari balik info mengenai vitamin yang boleh melancarkan sistem badan, yang melindungi badan dari patogen dan juga menguatkan imunisasi badan.  Ada juga rakan-rakan emak dan saudara yang mencadangkan rawatan alternatif seperti kolagen dan minuman-minuman yang sedang rancak diiklan di tv mahupun fb, namun  saya tidak berminat.

Bukan saya tidak mahu membeli cuma perasaan prasangka itu kuat. Masakan satu ubat boleh mengubati begitu banyak penyakit? Saya percaya makanan tambahan seperti vitamin-vitamin yang boleh dibeli di farmasi dengan cop KKM, boleh merangsang selera makan dan membekalkan nutrien dalam badan walaupun kadar penyerapannya tidaklah seefektif yang organik. Namun, sumber vitamin itu masih ada kan... :)
B complex.

Kadang kala saya bosan dengan sikap sesetengah orang yang sibuk mengiklankan sesuatu produk makanan tambahan tanpa menerangkan cara sesuatu vitamin itu berfungsi dalam badan. Mereka hanya memberitahu result sahaja setelah memakai sesuatu produk tapi tidak pula diceritakan mengenai bahan aktif yang terdapat dalam supplement atau makanan tambahan itu. Apakah tindakan atau mekanisme yang boleh menyebabkan badan sihat, atau kulit cantik. Kebanyakkan pengedar gagal menerangkan produk mereka. Fail!

Dan kita, percaya dengan setiap omongan itu. Masakan satu pil boleh menjadikan kita cantik bergaya tanpa perlu menjaga diet pemakanan seharian? Mustahil kan. Sebab itu, jika anda mengambil pil-pil kesihatan, namun langsung tidak menjaga pemakanan anda, ratusan ringgit yang anda laburkan itu umpama membakar duit sahaja. Kerana, kurang berkesan. Jadi kesimpulannya... jagalah pemakanan.

Opps.. Jangan sangka saya tidak mengambil makanan tambahan, saya ambil Scott emulsion dan b-complex dan minum horlicks.  Haha... dan of course makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

P/S: Saya tak salahkan pengedar jika mereka tidak memberi tahu mengenai produk mereka namun saya salahkan pengguna kerana tidak menggunakan kemudahan yang ada untuk membuat kajian mengenai sesuatu product yang ingin dicuba.  Pengedar atau jurujual mungkin tidak arif mengenai produk yang mereka jual kerana mereka punya puluhan produk untuk dijual.  Sekian.. :)