Friday, August 15, 2014

Random: Lelaki Miang


Assalamualaikum,

Geram. Stress. tak selesa. Ya, itu yang saya rasa saat saya menaip entri ini di blog. Macam manalah nak gambarkan perasaan saya saat ini. Menyampah dan rasa nak tumbuk saja muka dia (lelaki miang).

Owh.. lupa pula nak cakap. Saya rasa sangat tak best sebab selalu ada pak cik tua yang konon-konon ramah dan mesra datang ke tempat kerja saya. Konon nak bertanya khabar. Mula-mula saya okay sahaja. Lagipun berdasarkan staff senior yang berkerja kat sini dulu, pak cik tu memang selalu datang tanya khabar dan diorang pun layankan aje.. Jadi saya pun okay je la.. tapi just biasa-biasa je.

Sampailah satu hari pak cik tu sudah melampaui batas. Ada ke datang nak suap saya makan? Lepas saya kata tak nak dia terus blah dari situ. Dan yang paling saya tak suka bila dia suka datang dari belakang senyap-senyap dan duduk rapat tengok kita buat apa... Hari tu nasib baik tak kena penampar dengan saya.

huh.. Nak dekat raya.. dia datang lagi.. konon nak minta maaf banyak-banyak la.. dah buat salah... la.. bla... bla/... and tadi.... DIA DATANG LAGI DAN BUAT HAL YANG SAYA TAK SUKA LAGI.

Dalam hati teringin je nak penampar dia... Konon alim dan warak la.. Bagitau hukum fardu kifayah la.. hukum fardhu ain la.. siap tanya saya dengan sinis lagi..
"Adik tahu ke fardu kifayah tu apa?"

Amboi.. kalau dah alim dan warak sangat.. Jangan la duduk rapat2 dengan perempuan.. Jangan hanya tahu cakap sahaja. Orang alim dan warak ni.. kita tengok air muka pun tahu... diorang pun jenis yang menundukkan pandangan kan.. Jangan harap pakai kopiah je.. tapi.. perangai.. hurmmm.. Mungkin inilah sebab nama orang-orang yang pakai kopiah tercemar.

stress... last-last saya buat muka je bila dia datang. Kalau buat muka manis.. mahu dia lepak lama-lama kat sini. Kalau buat muka.. at least automatik dia akan blah dan tak duduk lama-lama kat sini.


Hope dia akan sedar.

P/s: Yang mengejutkan .. rupanya semua staff kat sini tak suka dan aware yg pak cik tu miang. Lepas tu, saya kalo ada staff baru masuk.. saya akan remind pasal lelaki tua miang tu.. just atas diorang la nak decide yang dia tu ok or not.. I'm just being protective je.. :)