Sunday, June 7, 2015

PJ Seksyen 14: Nasi Pad Kha Pau yang best

Assalamualaikum...
Hai. Lama tak menjengah ke sini. Lama juga tak mencoret di sini. Tahun ini dah secara rasminya berusia 26 tahun. Ya! Kadar metabolik badan pun semakin perlahan dan ditambah pula dengan kesibukkan bekerja serta kemalasan bersenam. Okey set lengkap untuk mengembangkan badan.

Agak lama menyepi. Kononnya sibuk padahal tak pun. Haha.. Jari - jemari tak gigih menaip seperti dulu. Malas haha... 

Nasi pakapau yang menjadi idaman
Okay. Cuma nak share pasal nasi pakapau yang menjadi idaman saya ketika ini.. awas.. ia sejenis makanan yang berasaskan ayam dan tidak sesuai untuk vegetarian. Haha.. 

Memang addicted to this.. sebab tu la gemok ni.. haha..

Pada penggemar masakan ala thai.. yang ni wajib cuba tau.. ayam cincang tu dimasak dengan campuran kicap n sos.. dan sangat pedas.. ** saya memang tak tahan pedas**

Kalau datang ke PJ seksyen 14, boleh try. Gerai located kat dalam pasar seksyen 14.. naik tangga kiri ke atas.. belakang gerai jual air yang berhadapan pintu tu..

p/s: memang tak jemu makan nasi ni.. boleh pilih sama ada nak ayam atau daging.. telur mata kerbau atau telur dadar.. harga range rm 5.50 (pakapau telur mata) rm 6.00 untuk pakapau telur dadar..

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment